cantik banyak didefinisikan sebagai sesuatu yang indah dipandang.
wahai wanita diberkati Allah.
expresi kecantikan itu sendiri lahir dalam kepelbagaian cara, seharusnya daripada hati yang cantik dari dalaman.
kecantikan dapat dilahirkan dengan adanya, keikhlasan dalaman. Iman untuk dihayati, sebagai Hamba Allah. Kita tetap berasa cuma Hanya Dia Yang Satu.Akhlak disulami.Membaiki diri.Kadang-kadang kite terlalai dengan ketaksuban dunia penuh pancaroba.Tapi inilah halangan yang kita patut tempuh bagi mempercantikan lagi hati dan rohani.
diri ini sendiri,berbisik ke dasar jiwa.Agar tahu menghadang dari mendekati perkara yang terlarang.
apa yang pasti wahai semua.keikhlasan kecantikan datangnya daripada jiwa yang suci dengan menghindari hasad dengki dan iri hati.
yang pasti :
"Tuhan tidak menciptakan manusia hodoh, tetapi Tuhan menciptakan manusia dengan KECANTIKAN yang Berbeza.."Serlahkan KECANTIKAN DALAMAN, kerana di situlah lahirnya KECANTIKAN SEJATI".
CANTIK WANITA KERANA KEJERNIHAN WAJAH
MANIS WANITA KERANA SENYUMAN YANG INDAH
AYU WANITA KERANA KESEDERHANAAN LAHIRIAH
HEBAT WANITA KERANA KEIMANAN YANG TEGUH